Scotland yakin di Georgia

Scotland yakin di Georgia

TBILISI, 3 Sept (AFP) – Jurulatih Scotland, Stuart McCall berkata dia yakin pasukan kebangsaan boleh menghasilkan keputusan yang mereka perlukan dalam persaingan Eruo 2016 ketika bersedia menghadapi Georgia di Tbilisi esok.

Bekas pengurus Rangers itu yang menjadi sebahagian daripada kaki tangan bilik persalinan pengurus Scotland, Gordon Strachan sejak 2013, berkata kepercayaan untuk skuad boleh membantu mereka layak buat kali pertama dalam persaingan utama sejak Piala Dunia 1998.

Scotland pada masa ini berada di tangga ketiga kelayakan Kumpulan D, tiga mata di belakang pendahulu Poland dan ketinggalan dua mata di belakang juara Piala Dunia, Jerman, dengan dua pasukan tersebut masing–masing bersaing di Frankfurt esok.

Scotland akan menentang Georgia dan McCall percaya kemenangan di Tbilisi adalah langkah besar dalam mencapai tujuan itu sebelum menjadi tuan rumah kepada Jerman di Hampden Park Isnin depan.

“Keyakinan dan kepercayaan darang daripada persembahan berbanding keputusan. Kami bermula hambar apabila kali pertama tiba,” kata McCall mengenai kendalian awal Strachan ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

“Kami telah menewaskan Wales dan Serbia tetapi kemudian sedikit perkara seperti kejayaan di Croatia dan persembahan menarik dalam perlawanan lain. Kami menang menentang Ireland dan mempamerkan persembahan menarik di Poland.

“Apa yang kami ada adalah percaya. Kaki tangan mempunyai kepercayaan, pemain percaya sesama sendiri dan peminat memiliki kepercayaan. Tidak lama lagi ia akan berubah, kami tahu mengenainya, tetapi kami mempunyai sedikit keyakinan dan semua orang bersama–sama. Kami hanya perlu menghasilkan keputusan sekarang.”

Georgia berada di dua tangga tercorot Kumpulan D dan tewas 1-0 dalam kunjungan ke Glasgow pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, Georgia mempunyai pengurus baru di Kakhaber Tskhazdadze, yang pernah beraksi untuk Manchester City, dan McCall merasakan tugasan pasti cukup getir sukar di laman sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA