Scott raih kemenangan pertama

Scott raih kemenangan pertama

MIAMI, 29 Feb (AFP) – Adam Scott dari Australia memenangi gelaran pertamanya dalam tempoh hampir dua tahun semalam, membuat pukulan par 70 untuk memenangi US PGA Honda Classic dengan satu strok ke atas Sergio Garcia.

Juara Master 2013 itu tidak memenangi trofi tersebut sejak Colonial pada Mei 2014, apabila Scott berada di rangking nombor satu dunia.

“Ia dirasakan begitu bagus,” kata Scott.

“Ia menarik untuk membuat beberapa pukulan yang berkualiti. Saya bernasib baik, ia cukup.”

Scott menamatkan 72 lubang di atas sembilan bawah 271 dengan Garcia dari Sepanyol mencatatkan 71 pada pusingan akhir bagi kedudukan kedua dengan satu pukulan. Justin Thomas dan Blayne Barber dari AS berkongsi di tangga ketiga dengan 275.

Adam Scott ketika meraikan kejayaan bersama trofi kemenangannya selepas memenangi US PGA Honda Classic. – Reuters
Adam Scott ketika meraikan kejayaan bersama trofi kemenangannya selepas memenangi US PGA Honda Classic. – Reuters

Scott memenangi gelaran professional ke-28 dan ke 12 dalam Jelajah PGA AS, terbanyak oleh mana–mana pemain aktif di bawah 40 tahun.

Berada di rangking ke-13 minggu ini, Scott menang buat kali pertama sejak menggunakan putter panjang selama beberapa tahun yang diharamkan dengan pertukaran dalam peraturan golf.

“Permainan saya menjadi bagus,” kata Scott. “Kami bekerja keras untuk berada di sana, membuat beberapa perkembangan dalam semua kedudukan, terutamanya green. Ia berbaloi minggu ini.”

Scott memulakan dengan 15 foot birdie dan menambah 10-footer bagi birdie pada par 3 lubang kelima, tetapi menghasilkan bogey di lubang kesembilan dan sepuluh, yang menyaksikannya bermula dan menyamakan pendahuluan bersama Garcia, yang melebarkan jurang dengan 10 pars.

Tetapi Garcia menghasilkan bogey di lubang ke-11 dan Scott melepaskan pendekatannya beberapa inci dari lubang di lubang ke-12 untuk mendapatkan birdie yang meletakkannya di depan dengan dua strok.

Garcia mencatatkan birdie untuk menghasillan satu ketika mereka mencapai par-3 di lubang ke-15 di mana Scott menghasilkan empat bogey pada sehari sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA