Sean Penn berbohong mengenai ‘Chapo’

Sean Penn berbohong mengenai ‘Chapo’

BANDAR MEXICO, 14 Jan (Reuters) – Bintang Hollywood Sean Penn berbohong apabila beliau melaporkan bahawa ketua dadah terkenal Mexico Joaquin ‘El Chapo’ Guzman memberitahunya bahawa beliau adalah penyeludup dadah paling penting di dunia, dan beliau harus dipanggil untuk memberi keterangan, kata salah seorang peguam Guzman semalam.

Guzman ditangkap semula pada Jumaat, enam bulan selepas melarikan diri dari penjara menerusi sebuah terowong dalam selnya. Ketika melarikan diri, Guzman bertemu secara rahsia dengan Penn di satu tempat persembunyian hutan – satu tindakan yang dikatakan oleh kerajaan adalah “penting” kepada penangkapannya.

Penn menerbit satu artikel dalam majalah Rolling Stone pada Sabtu di mana beliau menyebut Guzman bercakap besar mengenai hantaran dadahnya dan penggelapan wang menerusi datuk bandar Mexico dan syarikat asing.

“Ia adalah satu dusta, spekulasi tidak masuk akal daripada Penn,” beritahu Juan Pablo Badillo, salah seorang peguam Guzman, kepada Reuters dalam satu temu bual semalam.

Badillo, seorang peguam yang mewakili raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, bercakap dalam satu temu bual dengan Reuters di Bandar Raya Mexico. – Reuters
Badillo, seorang peguam yang mewakili raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, bercakap dalam satu temu bual dengan Reuters di Bandar Raya Mexico. – Reuters

“Ia, ia merumitkan pembelaannya. Encik Penn harus dipanggil untuk memberi keterangan untuk menjawab kebodohan dalam apa yang diperkatakannya,” tambah Badillo.

Beliau berkata berdasarkan tahun-tahun di mana beliau bekerja dengan Guzman, beliau pasti beliau tidak akan membuat kenyataan yang menunjukkan dirinya bersalah. “Beliau (Guzman) tidak mungkin membuat dakwaan berkenaan. Guzman adalah seorang lelaki yang amats erius, amat pintar,” kata Badillo.

“Di manakah buktinya? Di manakah audio?”

Pegawai seranta Penn dan Rolling Stone enggan membalas permintaan untuk memberi komen semalam. Dalam artikel, Penn berkata beliau tidak dibenarkan merakam perbualannya dengan Guzman.

Orang pelarian Mexico itu seterusnya menghantar video jawapan selama 17 minit kepada Penn selepas isu keselamatan menghambat rancangan untuk mengadakan temu bual susulan secara peribadi, dan ia tidak mengandungi komen yang dilaporkan.