Seas Company kini dibuka

Seas Company kini dibuka

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Okt – Bagi menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menggiatkan keusahawanan di negara ini, sebuah lagi syarikat tempatan, Seas Company dibuka di Bangunan Haji Mohd Zain bin Haji Seruddin & Anak-anak di Kampung Tanjong Panjang, hari ini.

Syarikat baru yang menjalankan perniagaan pembuatan pakaian lelaki dan perempuan itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Menurut Awang Wardi, pembukaan perusahaan baru di daerah itu menunjukkan aktiviti perekonomian giat dijalankan, apa tah lagi ia diusahakan sendiri oleh belia tempatan.

“Usaha yang dibuat oleh anak tempatan ini dapat mendokong perkembangan di Daerah Tutong dalam membuka lebih banyak peluang perniagaan khususnya peluang pekerjaan di samping dapat bekerja rapat dengan Jabatan Daerah Tutong dalam usaha Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong untuk mengembangkan lagi Program Destination Tutong yang dilaksanakan pada masa ini,” jelas Awang Wardi.

Awang Wardi berkesempatan meninjau bahagian dalam syarikat itu.
Awang Wardi berkesempatan meninjau bahagian dalam syarikat itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para hadirin.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para hadirin.

Melalui syarikat ini, ia akan dapat memberikan nilai tambah terhadap produk-produk yang sedia ada yang akan memberi manfaat kepada majlis perundingan kampung/mukim dalam sama-sama membangun ekonomi masyarakat, disamping dapat menjadikan Daerah Tutong ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.

Seas Company diusahakan oleh seorang belia tempatan, Awang Saiful Rizan Abdullah yang mula berminat dalam bidang keusahawanan selepas bekerja di bahagian pencetakan salah sebuah syarikat swasta yang menghasilkan pakaian di Beribi.

Selain pembuatan pakaian dan menjual peralatan ATV, syarikat itu juga membuat bantal, payung, cawan, beg, pelindung cahaya matahari, tuala sebagai cenderahati. Ia juga membukakan 50 kotak mini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan muda menjual barangan atau produk mereka di syarikat itu. Awang Saiful Rizan berharap syarikatnya dapat dikembangkan lagi menjadi sebuah syarikat pembuatan pakaian setaraf dengan syarikat besar di negara ini suatu hari nanti.

Belia turut menasihatkan anak-anak muda agar berani mencuba dan menonjolkan diri dalam bidangan keusahawan dengan sokongan keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA