Sebagai tradisi UNISSA

Sebagai tradisi UNISSA

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Sempena Hafl Al-Takharruj ke-5 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi tahun 2015 yang akan diadakan tidak lama lagi, baru-baru ini UNISSA telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, dekan, timbalan dekan, para pengarah, para pegawai, pensyarah, mahasiswa dan kakitangan UNISSA.

Acara keagamaan ini merupakan salah satu program yang diaturkan bagi menyemarakkan lagi Hafl Al-Takharruj UNISSA setiap tahun dan menjadi tradisi berterusan yang dijalankan oleh pihak UNISSA.

Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil yang diadakan di Kubah Makam Diraja kelmarin.
Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil yang diadakan di Kubah Makam Diraja kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA