Sebahagian anggota badan ditemui di kolam taman

Sebahagian anggota badan ditemui di kolam taman

TOKYO, 23 Jun (AFP) – Taman Tokyo yang berdaun lebat menjadi tempat kejadian siasatan mengerikan hari ini selepas sebahagian anggota badan manusia ditemui terapung-apung di sebuah kolam, menurut pihak berkuasa dan laporan media.

Para penyiasat mengumpulkan kaki, kepala dan bahagian torso dalam air sedalam satu meter (tiga kaki), sementara seekor kura-kura ditangkap dengan bahagian anggota badan yang tidak diketahui dalam mulutnya, lapor Nippon Television.

Polis mengesahkan telah menemui beberapa bahagian anggota badan namun enggan memberi butiran selanjutnya atau spekulasi tentang bagaimana anggota tersebut berada di dalam kolam itu.

“Sama ada atau tidak ia adalah jenayah masih belum lagi dipastikan,” kata jurucakap polis memberitahu AFP.

Badan penyiaran awam NHK berkata bahagian anggota badan itu sudah teruk terurai dengan umur dan jantina individu berkenaan tidak dapat dipastikan. Namun polis percaya mayat yang anggotanya sudah terpisah itu milik orang dewasa, kata agensi berita Kyodo.

Tidak ada pakaian atau kasut ditemui berhampiran kolam itu, menurut laporan. Polis sedang mencari lebihan anggota badan lain.

ARTIKEL YANG SAMA