Sebahagian atlet pecah rekod peribadi

Sebahagian atlet pecah rekod peribadi

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 15 Ogos – Ujian Masa Kebangsaan Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) 2016 baru-baru ini menyaksikan banyak catatan peribadi terbaik berjaya dicapai para atlet.

Ujian masa kebangsaan itu merupakan salah satu acara dalam kalendar BDAF untuk menyediakan ruang bersaing sesama atlet dalam suasana seumpama pertandingan dan peluang atlet menyukat pencapaian masing-masing.

Ia juga menjadi medan BDAF menilai dan memilih atlet yang berpotensi untuk dihantar mewakili negara di kejohanan-kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa di masa akan datang terutama dalam masa terdekat.

Kalangan peserta yang bersaing dalam acara lari 100 meter lelaki ketika melepasi garisan penamat.
Kalangan peserta yang bersaing dalam acara lari 100 meter lelaki ketika melepasi garisan penamat.

Sebanyak empat acara padang dan tujuh acara balapan telah dijalankan semasa sesi ujian masa di Kompleks Sukan Tutong (KST) berkenaan.

Acara-acara padang berkenaan termasuklah Lontar Peluru, Rejam Lembing, Lompat Jauh dan Lompat Kijang.

Manakala, acara balapan terdiri daripada Lari 60 meter (m) Bawah 14 Tahun (B-14), Lari 400 m, Lari 100 m, Lari 1500 m, Lari 4×400 m, Lari 5000 m dan Lari 3000 m, yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan kecuali Lari 5000 m untuk lelaki sahaja dan Lari 3000 m untuk perempuan sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA