Sebahagian Lebuhraya Seria Bypass ditutup

Sebahagian Lebuhraya Seria Bypass ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Sebahagian lagi Lebuhraya Seria Bypass yang menghala ke Bandar Seri Begawan akan ditutup buat sementara waktu mulai Jumaat, 4 Disember dan akan berlangsung selama enam bulan.

Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan di sini berkata, penutupan tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf lebuh raya berkenaan bermula dari KM 12 Kuala Belait berdekatan Menara DST sehingga ke Persimpangan Seria. Para pengguna jalan raya yang hendak menuju ke Seria dan Bandar Seri Begawan akan dilencongkan ke Lebuhraya Seria Bypass baru.

Para pengguna jalan raya yang hendak menuju ke Kuala Belait juga diingatkan bahawa Lebuhraya Seria Bypass baru berkenaan akan dijadikan satu lorong di sepanjang lencongan berkenaan.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya diingatkan agar memandu dengan lebih berhati-hati dan mengikut had laju yang ditetapkan apabila melalui kawasan berkenaan serta mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan Email: pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA