Sebahagian pemohon suaka Australia hidap barah

Sebahagian pemohon suaka Australia hidap barah

SYDNEY, 8 Feb – Sekitar 267 pencari suaka Australia mahu dihantar pulang ke pusat imigresen luar pantai berikutan kenyataan mahkamah ada yang menderita dari barah dan penyakit terminal yang lain, kata pegawai kanan kerajaan kelmarin.

Mahkamah tinggi Australia minggu lalu mengesahkan hak kerajaan untuk menghantar pulang pencari suaka yang ditahan ke pulau kecil Pasifik Selatan, Nauru, sekitar 3,000 km (1,800 batu) ke timur laut Australia.

Keputusan tersebut mencetuskan kritikan dari Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu dan mengakibatkan bantahan, dengan ketua – ketua gereja memberikan perlindungan kepada pencari suaka. Pusat itu secara meluasnya dikritik kerana keadaan yang teruk dan laporan penderaan kanak – kanak yang bersistematik dan serangan seksual.

Sebahagian yang dihantar akan bermula dalam masa beberapa hari, tetapi yang lain akan berdepan dengan cara berperingkat, kerana keadaan sakit, kata Michael Pezullo, setiausaha Jabatan Imigresen dan perlindungan sempadan.

‘Dalam beberapa kes, kami bercakap mengenai barah, kami bercakap mengenai semua bentuk penyakit,’ dia memberitahu pendengaran parlimen. “Kami kesal dalam beberapa kes, bagi alasan yang berkaitan dengan jangka masa panjang, dan potensi terhadap penyakit terminal, sebahagian, yang saya syaki, ada di sini buat seketika.’

Michael Pezzullo, Setiausaha Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan, bercakap semasa kemunculannya di Senat Jawatankuasa Anggaran Australia di Rumah Parlimen, Canberra. – Reuters
Michael Pezzullo, Setiausaha Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan, bercakap semasa kemunculannya di Senat Jawatankuasa Anggaran Australia di Rumah Parlimen, Canberra. – Reuters

Pelarian, termasuk 37 anak damit, telah di bawah ke Australia dari Nauru bagi rawatan perubatan. Di bawah dasar imigresen kontroversi Australia, pencari suaka cuba untuk sampai ke negara itu menggunakan bot berjaya dipintas dan dihantar ke khemah –khemah di Nauru atau pulau Manus di Papua New Guinea. Mereka tidak boleh menetap di Australia.

Parti konservatif Liberal pimpinan Perdana Menteri Malcolm Turnbull an Parti Buruh menyokong dasar itu, yang diperkenalkan oleh bekas Perdana menteri Buruh, Kevin Rudd. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA