Sebaran WhatsApp TAIB tidak benar

Sebaran WhatsApp TAIB tidak benar

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) memaklumkan bahawa pembekuan semua simpanan dan pengeluaran seperti yang berleluasa disebarkan melalui media sosial WhatsApp adalah tidak benar dan mengelirukan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Perbadanan TAIB di sini hari ini, sebarang kenyataan mengenai perbadanan itu hanya akan dikeluarkan melalui saluran media rasmi. Orang ramai yang masih keliru dengan perkara itu bolehlah menghubungi Pusat Panggilan di talian 2342626 bagi sebarang pertanyaan.

ARTIKEL YANG SAMA