Sebuah masjid di Perancis dibakar

Sebuah masjid di Perancis dibakar

PARIS, 1 Mei (Xinhua) – Sebuah masjid di Ajaccio mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat, di ibu negara Pulau Perancis Corsica, pada awal pagi kelmarin, menurut pejabat Presiden Francois Hollande.

“Satu siasatan telah dibukakan segera. Ia setentunya akan menentukan kemungkinan besar kecelakaan itu,” menurut Elysee dalam satu keterangan.

Si pelaku akan segera dikenal pasti dan dihukum, ikrar Hollande, menyatakan solidaritinya dengan masyarakat minoriti Islam yang tinggal di Pulau Perancis itu.

“Tiada perbuatan anti-keagamaan boleh diterima,” tegasnya.

Pada lewat Disember 2015, sebuah masjid fi Ajaccio telah digeledah berikutan ketegangan kaum dan bantahan anti-pendatang.

ARTIKEL YANG SAMA