Sebuah Perjalanan pesakit strok

Sebuah Perjalanan pesakit strok

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pusat Pemulihan Sains Neuro dan Strok Brunei (BNSRC) bersama Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah berjaya menghoskan sebuah pementasan muzikal bertajuk ‘Sebuah Perjalanan’ yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Majlis bersempena memperingati Hari Strok Sedunia yang disambut setiap 29 Oktober itu dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah JPMC, Awang Abdul Latfif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof dan Pengarah Eksekutif, Pengarah Perubatan JPMC, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

Menurut pihak penganjur, majlis itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam program terapi pesakit strok dan kanser yang mengambil masa lima hari dalam seminggu selama enam minggu dengan objektif menyediakan suasana terbaik untuk membantu pesakit menangani ketidakupayaan melalui pemulihan yang menjurus kepada pengukuhan azam.

Antara barisan tetamu khas di majlis pementasan muzikal di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Antara barisan tetamu khas di majlis pementasan muzikal di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Persembahan bertenaga yang dipersembahkan oleh semua anggota Broadway Muzikal yang berjudul ‘Sebuah Perjalanan’.
Persembahan bertenaga yang dipersembahkan oleh semua anggota Broadway Muzikal yang berjudul ‘Sebuah Perjalanan’.
Salah satu babak dalam pementasan muzikal ‘Sebuah Perjalanan’.
Salah satu babak dalam pementasan muzikal ‘Sebuah Perjalanan’.
Sebilangan mereka yang menghadiri pementasan muzikal yang berdasarkan kisah benar seorang pesakit strok.
Sebilangan mereka yang menghadiri pementasan muzikal yang berdasarkan kisah benar seorang pesakit strok.

Ketua Jabatan Pemulihan JPMC, Vivian Tie Suk Kee ketika berucap di awal majlis itu, turut menekankan bahawa strok, kanser dan penyakit jantung boleh memberikan impak besar kepada pesakit dan keluarga, oleh itu, melalui acara seperti ini “kita memberikan mereka peluang menjalani pemulihan dengan ketenangan dan keseronokan”.

Jalan cerita pementasan adalah berdasarkan kepada kisah benar salah seorang pesakit strok BNSRC, Awang Maidin Tinggal sebagai perkongsian yang dihasratkan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai strok, ketidakupayaan akibat strok, pemulihannya dan elemen penting dalam pemulihan.

Kugiran sepanjang pementasan telah dijayakan Kumpulan Amazing Uniq dari Pusat Bahagia serta sokongan pemuzik Expression Music Academy.

ARTIKEL YANG SAMA