Sebuah syarikat kena denda $2,500

Sebuah syarikat kena denda $2,500

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160914_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $2,500 ke atas sebuah syarikat yang gagal untuk mengemukakan penyata tahunannya ke Bahagian Pendapatan di Kementerian Kewangan.

Wakil syarikat New Motors Sdn Bhd mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli atas kesalahan gagal untuk mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2014.

Di bawah Seksyen 52 Akta Cukai Pendapatan (Bab 35), syarikat-syarikat dikehendaki untuk mengemukakan penyata pendapatan dan butir-butir sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentukan pendapatan, dan gagal untuk berbuat demikian, akan dihukum di bawah Seksyen 78(1)(a) Akta Cukai Pendapatan (Bab 35).

Syarikat itu diberi tempoh tiga bulan untuk membayar denda itu.

ARTIKEL YANG SAMA