Sebutan hukuman kes rogol ditangguh

Sebutan hukuman kes rogol ditangguh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Mahkamah Perantaraan di sini menangguhkan sebutan hukuman ke atas seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan merogol, melakukan hubungan seks, memiliki gambar lucah dan tidak senonoh, dan melibatkan mangsa dalam aktiviti seks.

Norin bin Pungut @ Yussof, 31, mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukannya terhadap dua orang adik-beradik yang masih di bawah umur.

Dia menghadapi pertuduhan memperkosa mangsa (Dayang X) berusia 13 tahun dalam dua kejadian berasingan; memiliki gambar lucah dan tidak senonoh Dayang X dan Dayang Y yang disimpan dalam pendrive; melakukan hubungan seks dengan Dayang Y berusia 15 tahun dan melibatkan Dayang Y dalam aktiviti seks.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Mac hingga Mei 2016 di sebuah rumah di Daerah Brunei dan Muara.

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 12 Julai untuk menjatuhkan hukuman, dan menolak permohonan tertuduh untuk dilepaskan dengan ikat jamin sementara menunggu tarikh hukuman.

ARTIKEL YANG SAMA