Sebutan hukuman menceroboh, curi 12 Dis ini

Sebutan hukuman menceroboh, curi 12 Dis ini

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151216_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Mahkamah Majistret di sini, menetapkan 21 Disember untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku salah atas empat pertuduhan menceroboh dan curi.

Muhammad Hadi Khairi Syazwan bin Mohd Khairul Ariffin, 21, berdepan dakwaan menceroboh sebuah rumah di Jalan Jaya Negara pada 12 Disember dengan cuba membuka pintu utama menggunakan pemutar skru namun gagal.

Untuk pertuduhan kedua, dia memecah masuk sebuah rumah di Jalan Singa Menteri dan mencuri satu gerudi jenama Dewalt dan telefon bimit Nokia di mana tertuduh telah menjual gerudi itu pada harga $25. Polis berjaya menemukan semula gerudi itu daripada pembelinya.

Tertuduh turut berdepan kesalahan mencuri telefon bimbit Samsung Wonder dari sebuah rumah di Jalan Maulana pada 4 November dengan membuka pintu dapur rumah itu menggunakan pemutar skru.

Tertuduh mengaku mencuri telefon bimbit itu dan menjualnya untuk mendapatkan wang. Polis gagal untuk mendapatkan semula telefon bimbit itu.

Muhammad Hadi, untuk tuduhan keempat, juga didakwa memecah masuk sebuah rumah di Jalan Maulana pada 15 hingga 19 Oktober di mana penghuni rumah ketika itu melancong ke luar negara.

Tertuduh mencuri pemain DVD Samsung mudah alih, dua kamera, dua set alat dengar, alat kawalan jauh TV Apple, alat penimbang makanan digital, pembesar suara dan pelbagai mata wang. Tertuduh memasuki rumah itu melalui tingkap selepas membukanya dengan menggunakan pemutar skru.

Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku menjual satu kamera pada harga $70 dan set alat dengar pada harga $40. Polis berjaya menemukan semula barang curi itu.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh sehingga sebutan hukuman.