Sebutan kes anak bunuh bapa 18 Jan ini

Sebutan kes anak bunuh bapa 18 Jan ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan 18 Januari untuk sebutan semula kes seorang anak yang didakwa membunuh bapanya di sebuah rumah di Kampung Jangsak pada 4 Januari.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menetapkan tarikh itu selepas Pegawai Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Haji Sidek membuat permohonan lanjutan tahan reman.

pg06_160116_mahkamah logo2Pegawai Pendakwa Raya memaklumkan mahkamah bahawa pihak polis belum mendapatkan keterangan daripada tertuduh kerana dia hanya boleh bertutur dalam dialek Fuzhou di mana polis masih dalam proses mencari jurubahasa.

Jeromy Ling Leh Teck, 32, berdepan tuduhan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Ling Koung Tien berusia 58 tahun antara jam 12 tengah hari dan 7 malam 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa kepada hukuman mati, jika sabit kesalahan.