Sebutan kes bunuh ditangguh

Sebutan kes bunuh ditangguh

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan lagi sebutan seorang lelaki yang terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki tempatan yang mayatnya dijumpai di dalam kereta di belakang bangunan komersil di Jalan Pandan 7 pada Mei 2015.

Muhammad Zulkifli bin Abdul Jalil, 27, bersama seorang lagi rakannya, Muhammad Hakimi Rizal bin Abdullah @ Eyan anak Beritin didakwa membunuh Ispawi bin Idris berusia 43 tahun di Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan 7, Kuala Belait antara jam 3 dan 3:30 petang pada 20 Mei.

Muhammad Hakimi Rizal bagaimanapun telah ditemui mati dalam sel Balai Polis Pusat pada 2 Jun 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin memohon penangguhan dua minggu daripada Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

mahkamah

“Saya percaya analisis bahan bukti dan ujian DNA akan siap dalam masa dua minggu lagi,” kata Timbalan Pendakwa Raya.

Pemangku Majistret Kanan menetapkan 4 November untuk sebutan semula.

Kesalahan membunuh membawa kepada hukuman mati.

ARTIKEL YANG SAMA