Sebutan kes cabul 30 Mei

Sebutan kes cabul 30 Mei

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160517_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Seorang lelaki tempatan yang sebelumnya didakwa atas pertuduhan mencabul kehormatan anak jirannya kini berdepan dengan percubaan merogol, mencabul kehormatan dan menceroboh.

Tiada pengakuan diambil daripada Johari bin Haji Zaini, 42, yang kini berdepan kesalahan cuba merogol mangsa berusia 15 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang dibacakan bersama Seksyen 511.

Kesalahan itu membawa hukuman pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 30 tahun, dan juga sebatan.

Dia turut menghadapi pertuduhan pilihan bagi tuduhan pertama di bawah Seksyen 354A(1) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi daripada tujuh tahun, dan juga sebatan yang mana dia didakwa mencabul kehormatan mangsa dengan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Johari didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau, pada 16 April 2016.

Tertuduh juga berdepan dakwaan menceroboh masuk sebuah rumah di kawasan rancangan perumahan yang sama dengan niat untuk melakukan kesalahan, pada 16 April 2016 sekitar jam 5:30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Kamaluddin memohon untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Perantaraan, dan dibenarkan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang kemudian menetapkan 30 Mei untuk kes disebut semula.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman sehingga sebutan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA