Sebutan kes cederakan polis Jun ini

Sebutan kes cederakan polis Jun ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Mahkamah Perantaraan, semalam, menetapkan 20 hingga 25 Jun 2016 untuk perbicaraan seorang lelaki tempatan yang terdahulu mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis.

pg06_160111_mahkamah logo2

Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin, 43, menghadapi pertuduhan mencederakan APO 6383 Haji Mohd Zulhabri bin Haji Mohd Yassin dengan memukul mangsa beberapa kali di bahagian kepala pada 11 Ogos 2015 kira-kira jam 7 malam di Tasek Apartment dekat ibu negara. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun dan sebatan.

Hakim Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norhayati binti Dato Paduka Haji Omar.

ARTIKEL YANG SAMA