Sebutan kes curi ditangguhkan

Sebutan kes curi ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161018_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan sebutan kes empat lelaki tempatan yang menghadapi 10 pertuduhan pecah masuk rumah, curi, memalsukan plat pendaftaran dan membuang barang curi.

Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Mohidin membuat permohonan penangguhan untuk kes Muhd Zulhilmi bin Abdullah, 26, Mohamad Suhairy Suhardi, 38, Awangku Putra Mohd Hady, 27 dan Saiful bin Awang Timbang, 37, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Delima Satu, Kampung Salambigar, Kampung Sungai Tilong, Kampung Tanah Jambu dan Kampung Sungai Hanching sekitar bulan Jun, Julai dan September 2016.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula dan memerintahkan Muhd Zulhilmi untuk terus ditahan reman di Penjara Jerudong manakala Mohamad Suhairy, Awangku Putra dan Saiful dilanjutkan tempoh ikat jamin.

ARTIKEL YANG SAMA