Sebutan kes d...

Sebutan kes dakwaan bunuh rakan sendiri 11 Mac depan

Oleh Fadley Faisal

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Majistret telah menetapkan 11 Mac 2017 untuk sebutan kes bagi seorang lelaki warga Bangladesh yang didakwa membunuh rakan senegaranya setelah sekali lagi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Kausar Uddin, 35, berdepan hukuman bagi atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang berusia 24 tahun di antara 27 dan 28 Mei 2016 berdekatan Klinik Lama Kampung Sungai Teraban, Kuala Belait.

Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo memaklumkan Majistret Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman bahawa siasatan ke atas defendan telah selesai namun masih menunggu laporan analisis DNA dan bukti-bukti lain. Majistret mengarahkan defendan ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA