Sebutan kes ditangguhkan

Sebutan kes ditangguhkan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menangguhkan sebutan bagi seorang lelaki tempatan yang berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang anggota polis.

Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin, 43, menghadapi pertuduhan mencederakan APO 6383 Haji Mohd Zulhabri bin Haji Mohd Yassin dengan memukul mangsa beberapa kali di bahagian kepala pada 11 Ogos 2015 kira-kira jam 7 malam di Tasek Apartment dekat ibu negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin memohon penangguhan selama dua bulan sementara menunggu keputusan DNA sebelum membuat pertuduhan seterusnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 Kanun, Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun dan sebatan.

Majistret Kanan melanjutkan tempoh ikat jamin tertuduh dan menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula. Tertuduh diwakili Peguam Bela, Ahmad Zakaria.

mahkamah

ARTIKEL YANG SAMA