Sebutan semula Kes bunuh Bill

Sebutan semula Kes bunuh Bill

MIRI, 23 Sept – Mahkamah Majistret Miri menetapkan 28 Okt bagi sebutan semula kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong pada 21 Jun tahun lepas yang dihadapi tiga tertuduh.

Majistret Lovely Natasha Charles membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.

Ketiga-tiga tertuduh Mohamad Fitri Pauzi, 29, Lie Chang Loong, 39, dan Chin Wui Chung, 50, mengangguk faham ketika jurubahasa mahkamah memaklumkan kepada mereka bahawa kes itu ditetapkan untuk semula semula pada 28 Okt. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA