Sebutan semula kes cabul lelaki tempatan

Sebutan semula kes cabul lelaki tempatan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Mahkamah Rayuan mengarahkan perbicaraan semula kes seorang lelaki tempatan yang sebelum ini dijatuhi sembilan tahun penjara atas dakwaan melakukan persetubuhan dan mencabul kehormatan dua adik-beradik lelaki.

Zainal Abidin bin Jahad, 57, pada Oktober lalu didapati bersalah selepas perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi namun hukuman sebat dikecualikan ke atasnya atas faktor usia.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell memutuskan sabitan daripada Mahkamah Tinggi itu tidak memuaskan meskipun hakim ketika itu menjalankan perbicaraan secara menyeluruh.

Panel tiga hakim telah memerintahkan perbicaraan semula itu perlu ada keterangan diambil daripada kedua-dua mangsa.

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan terdahulu tidak memanggil kedua-dua mangsa untuk memberikan testimoni dan hanya memanggil pakar psikologi klinikal untuk memberikan keterangan selepas menemu bual mangsa.

Zainal Abidin didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa, masing-masing berusia 12 dan 13 tahun pada Jun 2012 di Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA