Sebutan semula kes culik rakan pada 17 Nov

Sebutan semula kes culik rakan pada 17 Nov

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151110_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Mahkamah Majistret, hari ini, membenarkan sebutan kes empat lelaki Bangladesh yang berdepan dakwaan menculik rakan senegara, dengan niat untuk mengurung mangsa ditangguhkan sehingga 17 November.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurjauinah binti Haji Kula memohon penangguhan selama 10 hari bagi membolehkan pihak polis menyelesaikan siasatan.

Mahbub Solaiman Patwary, 45, Moniruzzaman Monir, 33, Mohammad Zakir Hossain, 24, dan Anwar, 47, didakwa melakukan kesalahan terhadap Rezaul Karim pada 22 Oktober kira-kira jam 8:30 malam di kawasan berdekatan Maktab Sains.

Dalam sebutan hari ini, Peguam Bela Haji Mohd Rozaiman bin DSLJ Haji Abd Rahman yang mewakili Mahbub Solaiman dan Anwar memohon supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan atas ikat jamin namun permohonan itu ditolak oleh Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli. Tiada pengakuan diambil daripada mereka.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 365 Kanun Hukuman Jenayah Bab 22, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan. Ketua Majistret menetapkan 17 November untuk sebutan semula, dan memerintahkan kesemua tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat.

ARTIKEL YANG SAMA