Sebutan semula kes peras ugut 28 Nov

Sebutan semula kes peras ugut 28 Nov

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Mahkamah Majistret, semalam, menetapkan tarikh sebutan semula untuk empat orang tempatan yang berdepan dakwaan mencederakan, melakukan peras ugut dan merompak seorang lelaki tempatan pada 2 November.

Mahkamah menetapkan 28 November untuk sebutan semula Kanafiah @ Jofree bin Japar, 50, yang berdepan dakwaan mencederakan seorang lelaki (mangsa) di sebuah rumah di Jalan 2, Simpang 35, Kampung Perpindahan Lambak Kanan dengan memukul belakang kepala mangsa menggunakan tin cat semburan dan menampar mukanya.

Norazatul Amal Nazirah @ Norhafrini binti Norariffin, 20, yang berdepan tuduhan menampar mangsa, bagaimanapun tidak hadir pada sebutan semalam, di mana mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

pg06_151116__mahkamah logo2

Kedua-dua tertuduh juga berdepan pertuduhan melakukan peras ugut terhadap mangsa.

Sementara kes bagi Nurul Iffah Alya Nurana @ Nabilah binti Salim, 29, yang menghadapi dakwaan melakukan peras ugut dengan menghunus parang ke arah mangsa dan mengancam untuk mencederakannya di rumah yang sama, juga akan disebut semula pada 28 November.

Sementara Aldani bin Awang Kifli yang didakwa merompak mangsa di ATM HSBC di Kampung Delima Satu pada 3 November sekitar jam 7:15 pagi akan disebut semula pada 17 November.

ARTIKEL YANG SAMA