Sebutan semula kes rogol 21 April ini

Sebutan semula kes rogol 21 April ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 21 April untuk sebutan hukuman seorang anggota tentera yang disabit atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, pada 2014.

Hakim Dato Paduka Steven Chong menetapkan tarikh itu bagi SLD Mohammad Amirol bin Haji Abdul Razak kerana memperkosa mangsa pada 25 Ogos 2014.

pg06_160414_mahkamah logo2

Dia disabit melakukan kesalahan itu di Kelab Corporal, Tutong Kem kira-kira jam 2 pagi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo yang berjaya mengemukakan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh diwakili Messrs Hale Zainidi Ong.

ARTIKEL YANG SAMA