Sebutan semula kes rogol remaja pada 20 Jun

Sebutan semula kes rogol remaja pada 20 Jun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160523_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilepaskan dengan ikat jamin $15,000 atau dua penjamin tempatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Norin bin Pungut/Yussof berusia 31 tahun berdepan pertuduhan merogol mangsa di sebuah rumah di Mentiri sekitar April 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun, dan juga sebatan tidak kurang daripada 12 sebat.

Terdahulu di Mahkamah Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo tidak membantah untuk tertuduh dilepaskan atas ikat jamin di mana Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli membenarkan ikat jamin dibuat di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharon turut memohon untuk kes ditangguhkan selama sebulan sementara menunggu siasatan polis, laporan perubatan dan psikiatri.

Ketua Majistret Muhammad Faisal menetapkan 20 Jun untuk kes disebut semula.