Secebis maklumat mengenai peristiwa di Turki

Secebis maklumat mengenai peristiwa di Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Pada malam 15 Julai, sekumpulan Pasukan Bersenjata Turki dalam percubaan untuk mengadakan rampasan kuasa di beberapa buah bandar-bandar di Turki, terutamanya di Ankara dan Istanbul, menurut kenyataan yang diterima dari Kedutaan Turki di Brunei Darussalam, hari ini.

Dari awal lagi, barisan pemerintah dan sebahagian besar Pasukan Bersenjata Turki sudah pun bersiap sedia untuk menentang percubaan rampasan kuasa.

Ia hanyalah beberapa elemen Pasukan Udara, Gendarmerie dan unit berperisai yang menyertai konspirasi keganasan itu. Kedua-duanya pendakwa awam dan polis dengan segera mengambil langkah perlu untuk menggagalkan percubaan itu.

Perkara yang utama, ia adalah rakyat Turki sendiri yang membatalkan rancangan itu. Mereka mempamerkan perpaduan bersejarah ketika mereka membantah di jalan-jalan dan kekal akur.

Pada sepanjang proses itu, semua parti-parti politik dan anggota Perhimpunan Kebangsaan Utama Turki memihak tegas dengan demokrasi.

Deklarasi bersama dalam mempertahankan demokrasi telah dikeluarkan semasa mesyuarat Perhimpunan Agung luar biasa pada 16 Julai.

Semasa operasi yang diadakan ke atas kumpulan pengganas, sejauh ini lebih 7,500 telah ditahan.

Seramai 24 perancang rampasan kuasa terkorban, 50 lagi daripada mereka cedera dan ditahan. Sementara 316 perancang rampasan kuasa juga telah ditahan.

Siasatan juga telah dilancarkan ke atas 2,745 kakitangan badan kehakiman, 8,777 kakitangan Kementerian Dalam Negeri, termasuk pegawai polis, yang digantung dari kerja.