Secret Recipe buka cawangan ke-3

Secret Recipe buka cawangan ke-3

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Secret Recipe Brunei telah membuka cawangan ketiganya di Kompleks Centrepoint, Gadong dengan majlis pembukaan rasmi, kelmarin.

Hadir bagi merasmikan cawangan terbaru itu ialah Pengarah Urusan Secret Recipe Brunei, Malcolm Lim bersama jemputan-jemputan khas yang lainnya.

Pada majlis itu, para jemputan yang hadir dihidangkan dengan makanan dan minuman sebagai tanda terima kasih Secret Recipe kepada para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan.

Bersempena dengan pembukaan rasminya, Secret Recipe Brunei menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada menu terpilih untuk para pelanggannya.

Majlis memotong reben yang disempurnakan oleh Malcom Lim, pihak pengurusan dan jemputan lainnya.
Majlis memotong reben yang disempurnakan oleh Malcom Lim, pihak pengurusan dan jemputan lainnya.
Orang ramai ketika majlis pelancaran cawangan ketiga Secret Recipe.
Orang ramai ketika majlis pelancaran cawangan ketiga Secret Recipe.

ARTIKEL YANG SAMA