Secret Recipe lancar promosi cabutan bertuah

Secret Recipe lancar promosi cabutan bertuah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Restoran Secret Recipe telah melancarkan promosi cabutan bertuah ‘Spend, Eat and Win’ yang bermula hari ini (1 Oktober) sehingga 30 November di mana para pelanggan bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Menerusi promosi ini, mana-mana pelanggan yang membuat pembelian di Secret Recipe cawangan Delima, The Mall Gadong dan Tanjung Bunut akan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Singapura sebagai hadiah utama atau tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan ke Kota Kinabalu masing-masing untuk pemenang kedua dan ketiga menggunakan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Cabutan akan diadakan pada 5 Januari 2016 di cawangan Secret Recipe, Delima, di mana 10 pelanggan bertuah lain juga akan membawa pulang hadiah saguhati.

Selain melancarkan promosi berkenaan, Secret Recipe kini telah memperkenalkan lapan hidangan baru di kesemua cawangannya, iaitu Chicken Parmigiana, Special Beef Noodle, Golden Crispy Chicken, Spaghetti Aglio Olio, Thai Seafood Spagehetti, Arrabiata Spaghetti, 3 cheese Spinach Lasagna dan Mixed Nutty Salad.

Antara hidangan terbaru di Secret Recipe.
Antara hidangan terbaru di Secret Recipe.

ARTIKEL YANG SAMA