Secret Recipe perkenal menu baru

Secret Recipe perkenal menu baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Restoran Secret Recipe mempelbagaikan lagi pilihan hidangan untuk pelanggannya apabila melancarkan barisan menu terbarunya pada 28 September ini.

Menu baru yang akan diperkenalkan ialah Spaghetti Arabiata, Lasagne Spinach berkeju, Golden Crispy Chicken, Salad Mix Nutty, Chicken Parmigiana dan Mi Daging Istimewa.

Bagi pencuci mulut pula, Secret Recipe memperkenalkan empat jenis kek keju dan kek Brownies terbaru yang boleh didapati di semua cawangannya minggu depan. Kek-kek menyelerakan ini termasuklah Creme Brulee Keju disalut vanila dan krim keju bersama karamel yang pastinya menjentik rasa pelanggan kerana gabungan rasa baru dalam kek.

Kek lain termasuklah Yoghurt Cheese yang disaluti lapisan keju dengan buah raspberi, Kek Green Tea yang menggabungkan teh hijau dan kek keju serta Strawberry Marshmallow Cheese dengan lapisan biskut Kraker dan keju serta Marshmallow dan perisa Strawberi.

Kakitangan Secret Recipe bergambar dengan barisan menu baru yang akan diperkenalkan kepada pelanggan pada 28 September ini.
Kakitangan Secret Recipe bergambar dengan barisan menu baru yang akan diperkenalkan kepada pelanggan pada 28 September ini.
Menu baru Secret Recipe terdiri daripada Spaghetti Arabiata, Lasagne Spinach berkeju, Golden Crispy Chicken, Mix Nutty Salad dan Mi daging istimewa.
Menu baru Secret Recipe terdiri daripada Spaghetti Arabiata, Lasagne Spinach berkeju, Golden Crispy Chicken, Mix Nutty Salad dan Mi daging istimewa.
Golden Crispy Chicken, Mix Nutty Salad dan Chicken Parmigiana yang akan diperkenalkan oleh Secret Recipe kepada pelanggannya.
Golden Crispy Chicken, Mix Nutty Salad dan Chicken Parmigiana yang akan diperkenalkan oleh Secret Recipe kepada pelanggannya.

ARTIKEL YANG SAMA