Secret Recipe perkenal promosi terbaru

Secret Recipe perkenal promosi terbaru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Restoran Secret Recipe melancarkan promosi terbarunya bersempena bulan Ramadan dengan menyediakan pelbagai tawaran bagi pelanggan-pelanggannya dari hari pertama Ramadan sehingga hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Salah satu promosi “Berbuka Puasa” ialah bagi para pelanggan yang ingin membawa pulang makanan di mana mereka hanya perlu membeli dua hidangan utama dan akan menerima dua ketul sayap ayam, satu Brownie dan satu botol Pepsi 1.5L tanpa perlu menambah kos.

Promosi seterusnya ialah promosi “Istimewa Ramadan” yang berjalan dari 16 Jun sehingga hari pertama Aidilfitri.

Setiap pembelian hidangan utama, pelanggan akan layak untuk menerima satu lagi hidangan utama secara percuma yang juga dikenali sebagai “Beli Satu Dapat Satu”.

Hidangan Kambing Stew Irish.
Hidangan Kambing Stew Irish.
Nasi lemak antara hidangan utama dalam promosi Secret Recipe.
Nasi lemak antara hidangan utama dalam promosi Secret Recipe.

Secret Recipe turut menyediakan promosi raya yang berjalan dari 14 hingga 20 Julai 2015, yang mana kesemua pelanggan yang menempah kek awal akan menerima dua baucar bernilai $10 bagi kegunaan kunjungan mereka seterusnya.

Untuk mengetahui promosi ini, orang ramai bolehlah menghubungi talian 2336556, 2457123, 2672737 atau mengunjungi cawangan Secret Recipe di Seri Delima, The Mall Gadong, dan Tanjong Bunut.

ARTIKEL YANG SAMA