Secret Recipe promosi ‘All You Can Eat’

Secret Recipe promosi ‘All You Can Eat’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Sejak ditubuhkan 19 tahun lalu, Secret Recipe kini telah mempunyai 500 buah cawangan di seluruh Asia dan terkenal dengan kek-kek popular serta pemenang anugerah hidangan ‘Lamb Shank’.

Kini di Brunei, Secret Recipe sedang membuat perubahan menu dan pertukaran inovatif termasuk pengenalan semula hidangan enak kepada orang ramai dengan mengadakan promosi ‘All You Can Eat’.

Pelanggan boleh memilih salad ubi atau coleslaw sebagai pembuka selera, dan hidangan utama sama ada Irish Lamb Shank, Fish & Chips, Ayam Rangup Emas, nasi lemak dan Mee Daging Istimewa.

Pengenalan semula hidangan enak Secret Recipe kepada orang ramai dengan mengadakan promosi ‘All You Can Eat’.
Pengenalan semula hidangan enak Secret Recipe kepada orang ramai dengan mengadakan promosi ‘All You Can Eat’.

Tambahan lagi, pelanggan juga boleh memilih sama ada menikmati kek Pecan Butterscotch atau Chocolate Moist pada harga yang sama. Kesemua ini boleh dinikmati pada harga menarik untuk setiap seorang.

Promosi ini ditawarkan semasa waktu makan tengah hari dan makan malam, dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan 7 hingga 9:30 malam di cawangan Centrepoint, Gadong dan Tanjong Bunut sahaja, dan promosi ini akan berjalan sehingga 31 Oktober.