Sedari potens...

Sedari potensi anak

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 13 Feb – Kementerian Pendidikan, dalam usahanya memberigakan mengenai Unit Pendidikan Khas (UPK), telah meneruskan lagi Jerayawara UPK yang kali ini diadakan di Daerah Temburong.

Diadakan di Dewan Belalong Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong, jerayawara berkenaan dihadiri lebih 40 orang guru dan ibu bapa yang telah mendengarkan sesi taklimat yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua UPK, Dr. Mona Aliana binti DP Haji Mohd Alimin termasuk pegawai-pegawai kanan lain bagi mewakili bahagian-bahagian di UPK.

Jerayawara itu bertujuan untuk menyediakan maklumat berguna tentang UPK dan perkhidmatan serta program-program yang berkaitan dengannya, agar mereka sedar dan dapat membantu mencapai potensi anak-anak mereka selain berpeluang berinteraksi dengan pakar-pakar yang berkaitan dengan permasalahan anak-anak mereka.

Di samping itu, ibu bapa juga berpeluang melihat hasil kerja tangan kanak-kanak dari Kelas Pravok Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Daerah Temburong yang dipamerkan sepanjang jerayawara tersebut.

Antara pelajar dari Kelas Pravok Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, menunjukkan hasil kerja tangan mereka.
Antara pelajar dari Kelas Pravok Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, menunjukkan hasil kerja tangan mereka.