Sedekad sudah tradisi Bubur Berkat Rizqun

Sedekad sudah tradisi Bubur Berkat Rizqun

Oleh Mohamad Asyramisyanie & Rafidah Jumat

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Setiap hari pertama Ramadan, kawasan pintu masuk The Rizqun International Hotel dibanjiri orang ramai untuk mendapatkan Bubur Berkat yang diagih-agih secara percuma oleh hotel berkenaan sebagai tradisi kebajikannya setiap tahun.

Tahun ini juga tidak ketinggalan di mana orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan bubur berkenaan, dan lebih manis lagi, pengagihan bubur berkat kali ini sudah memasuki dekad pertamanya setelah ia mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Hadir mengagih-agihkan bubur berkat kepada pengunjung The Mall, ialah Pengarah Pentadbiran Abdul Razak Holding, Haji Awang Suhaimei bin Haji Besar, Pengarah Abdul Razak Holding, Haji Mohammad bin Mohd Yusuf dan Awang Matussin bin Haji Mahmud.

Ketika ditemui, Cef Eksekutif The Rizqun International Hotel, Cef Rezal menyatakan beliau sangat gembira melihat perkembangan aktiviti kebajikan ini dan berasa sangat berbesar hati untuk terus menerajui pasukan dapur untuk menyediakan bubur yang kian digemari terutama dalam bulan Ramadan ini.

Haji Awang Mohammad mengagihkan bubur berkat kepada orang ramai.
Haji Awang Mohammad mengagihkan bubur berkat kepada orang ramai.
Pengunjung The Mall Gadong yang berbaris sejak jam 1 petang untuk mendapatkan bubur berkat percuma.
Pengunjung The Mall Gadong yang berbaris sejak jam 1 petang untuk mendapatkan bubur berkat percuma.
Haji Awang Suhaimei mengagihkan bubur berkat kepada orang ramai.
Haji Awang Suhaimei mengagihkan bubur berkat kepada orang ramai.

“Tahun ini, 2,500 set diberikan kepada pengguna jalan raya di hadapan The Rizqun dan kepada semua pengunjung The Mall Gadong yang setia berbaris sejak jam 1 petang lagi untuk mendapatkan bubur berkat,” ujarnya.

Ditanya mengenai bubur ini, menurutnya tidak ada yang lebih tapi jauh sekali untuk mengurangkan kualiti kerana ia dibuat bagi tujuan amal seperti yang disasarkan oleh The Rizqun International untuk memperbanyakkan lagi aktiviti amal dan keagamaan yang melibatkan masyarakat negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA