Sedia berunding

SEOUL, 10 Jan – Presiden Korea Selatan Moon Jae-In hari ini berkata beliau akan bersedia berunding dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, ketika masyarakat antarabangsa menyambut baik perjanjian untuk Pyongyang menghantar atlet-atletnya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

Sukan di Pyongyang pada bulan depan telah lama dibayangi oleh ketegangan geopolitik dengan Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang mampu sampai ke tanah besar AS beberapa bulan kebelakangan yang setakat ini telah meledakkan nuklearnya yang paling kuat.

Namun Pyongyang yang memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas di Seoul pada tahun 1988, semalam bersetuju untuk menghantar atlet-atlet dan para pegawai ke acara itu apabila Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan rundingan rasmi pertama mereka selama dua tahun di Panmunjom di Zon Bebas Tentera (DMZ).

“Ini baru permulaan,” Moon memberitahu sidang media hari ini. “Semalam adalah langkah pertama dan saya berpendapat kami melalui permulaan yang baik.”

“Membawa Korea Utara ke sidang mesyuarat bagi pembatalan nuklear adalah yang harus kita ambil seterusnya.”

Presiden Moon Jae-in menjawab persoalan wartawan semasa sidang berita Tahun Baru di Rumah Biru Presiden di Seoul pada 10 Januari. – AFP

Beliau bersetuju mengadakan sidang mesyuarat ‘pada bila-bila masa’, ujarnya selagi ia ‘dalam keadaan yang sesuai.

“Akan tetapi pertemuan itu bukan kerana demi mesyuarat. Untuk mengadakan sidang mesyuarat, keadaan sesuai perlu ada dan menjamin hasilnya.”

Moon telah lama menyokong berurusan dengan Korea Utara untuk membawanya ke meja rundingan berhubung program senjata yang diharamkan yang telah mengejutkan AS dan masyarakat sejagat dan telah menyaksikan Pyongyang diletakkan di bawah pelbagai set sekatan PBB.

Namun AS berkata rejim itu mesti menghentikan ujian nuklear untuk rundingan dengan Washington mengambil tempat.

“Pendapat kami tidak berbeza dengan AS,” Moon menegaskan dengan mengatakan mereka berkongsi pemahaman tentang keselamatan, bekerjasama rapat dan kedua-duanya diancam oleh senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara. – AFP