Sedia hadapi kemungkinan banjir

Sedia hadapi kemungkinan banjir

LABUAN, 17 Nov (Bernama) – Selepas mengendalikan bencana alam selama beberapa dekad, anggota bomba dan penyelamat negara kelihatan telah diuji dan bersedia menggunakan pengalaman menghadapi banjir yang dijangka berlaku menjelang akhir tahun ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menerima dana yang mencukupi untuk memperoleh aset yang perlu untuk operasi menyelamat.

Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Operasi) jabatan itu, Zulkarnain Mohd Kassim berkata anggota bomba telah menjalani latihan dalam operasi keselamatan dan menyelamat sejak Oktober dalam menghadapi bencana alam.

“Kami telah menjalankan sesi latihan bagi mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan anggota bomba dan penyelamat kami. Kami juga telah menjalankan program kesedaran untuk rakyat berhubung persediaan semasa kecemasan agar mereka lebih peka kepada keadaan cuaca,” katanya selepas menyaksikan majlis

penyerahan Khidmat Perubatan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) sini Selasa.

Beliau berkata anggota bomba di balai bomba yang terletak di kawasan yang tidak terjejas dengan banjir akan dihantar ke kawasan terjejas banjir jika keadaan memerlukan.

Zulkarnain berkata bagi menghadapi musim tengkujuh, cuti tahunan anggota bomba di negeri-negeri

akan dibekukan untuk memastikan mereka dapat membantu negara dalam operasi menyelamat.