Sedia jaga kawasan kejiranan

Sedia jaga kawasan kejiranan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Okt – Operasi Pencegah Jenayah antara pihak polis dan ahli pengawasan kejiranan di Kuala Belait diteruskan lagi dengan kali ini melibatkan pemeriksaan di kawasan Kampung Sungai Teraban, malam tadi.

Operasi yang melibatkan seramai 12 orang anggota Balai Polis Kuala Belait bersama lima orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Teraban, membuat pemeriksaan rondaan selama lebih dua jam bermula pukul 11:40 malam hingga kira-kira pukul 1:00 pagi tadi.

Operasi rondaan berjalan kaki dilakukan di kawasan sekitar Kampung Sungai Teraban dan dilaratkan sehingga ke kawasan Terminal Feri, kawasan perumahan, masjid dan sekolah di kampung tersebut, selain rondaan menggunakan kenderaan polis dilakukan sehingga ke kawasan Pos Kawalan Sungai Tujuh.

Antara yang mengikuti operasi jenayah tersebut.
Antara yang mengikuti operasi jenayah tersebut.

Mengetuai operasi itu ialah Pegawai Penguasa Balai Kuala Belait ASP Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin dan turut disertai oleh Ketua Kampung Sungai Teraban, Haji Morshidi bin Haji Sara.

Operasi antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan penduduk di persekitaran kampung dan juga bagi mencegah aktiviti jenayah pecah rumah dan curi.

ARTIKEL YANG SAMA