Sedia perancangan strategik, inisiatif pembangunan belia

Sedia perancangan strategik, inisiatif pembangunan belia

TAWAU, 16 Dis (Bernama) – Kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha menyediakan perancangan strategik serta inisiatif pembangunan belia di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata inisiatif itu merangkumi pelbagai program termasuk kemahiran dan keusahawanan, usaha menjana ekonomi, langkah-langkah pendekatan dalam membendung gejala sosial, khidmat bimbingan, kemudahan dan sokongan bagi memperkasa golongan berkenaan.