Sediakah kita ke Sukan SEA 2017?

Sediakah kita ke Sukan SEA 2017?

Tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) kerana setiap minggu mengadakan kursus-kursus pengadil dan jurulatih kelas tiga.

Perkara ini adalah baik tapi adakah sudah NFABD mempunyai pasukan kebangsaannya sendiri untuk mewakili Brunei di kejohanan-kejohanan seperti Sukan SEA, AFF, Piala AFC dan Piala Suzuki.

Sekiranya pun ada dan pernah ikut serta pada kejohanan peringkat umur, namun pasukan NFABD belum pernah menang, malah hinggakan perlawanan empat penjuru di Sabah pun tidak ada beritanya sama ada dalam media cetak atau media elektronik atau dalam laman web NFABD.

Khabarnya pasukan bola sepak kita akan menyertai acara bola sepak di Sukan SEA 2017.

Persoalannya, sudah adakah pasukan berkenaan dan apa status persediaannya. Jangan nanti jika kalah alasan diberikan oleh pengurus dan jurulatih ialah “kitani tidak cukup latihan dan persediaan.”

Kenapa dan apa sebabnya tidak cukup latihan dan persediaan? Mungkin boleh dipertimbangkan mengenai aspek kebajikan pemain umpamanya seperti menyediakan insentif pemain, elaun latihan atau elaun bulanan untuk mereka berdasarkan kehadiran dan kemajuan mereka.

Kita harap NFABD boleh melakukan sesuatu demi mengangkat standard pasukan bola sepak negara agar tidak lagi menjadi pasukan belasahan sahaja. Ikhlas daripada bekas pemain kebangsaan 70an, BSB

ARTIKEL YANG SAMA