Sediakan juga anugerah khas tokoh sukan

Sediakan juga anugerah khas tokoh sukan

Dalam jangka tiga bulan lagi, yakni pada 1 Ogos nanti, akan berlangsung Majlis Perhimpunan Hari Belia Kebangsaan dan semua pemimpin belia setentunya mempunyai rasa berdebar-debar kerana menantikan
pengumuman dan anugerah kepada para pemimpin belia.

Berbagai-bagai kategori akan diberikan anugerah. Adalah diharapkan penganugerahan kali ini adalah
tepat dan hendaklah diteliti dari segi latar belakangnya – termasuk akar umbi, pernah mencebur diri dalam kegiatan belia termasuk pernah memimpin badan-badan belia, susah payah dihadapi dalam penglibatan
ekonomi.

Dalam menjana atau mengerakkan kegiatan ekonomi, seseorang itu mestilah merasai pahit maung dan berdikiri dan bermula dengan modal yang diperoleh sendiri bukannya melalui ‘keturunan.’

Dengan konsep ini barulah dikatakan ‘belia tahan lasak’ dan belia yang berusaha sendiri.

Pada masa yang sama hendaklah jua diadakan anugerah Khas Tokoh Sukan dan beberapa kategori penglibatan dalam mengembangkan dan memajukan sukan kerana saya ada terbaca dalam risalah keluaran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan lebih 10 tahun yang lalu yang antara lain menyebut mengenai Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan. – Awang Observer, BSB

ARTIKEL YANG SAMA