Seekor burung kuang bayas terkenal disebabkan rambutnya

Seekor burung kuang bayas terkenal disebabkan rambutnya

CHINA – Seekor burung kuang bayas telah menjadi terkenal di China disebabkan oleh rambutnya. Kebanyakan orang ramai di seluruh dunia beranggapan bahawa rambut burung itu seakan mempunyai gaya rambut yang sama dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump dan telah menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia di Internet dan aplikasi-aplikasi media sosial.

Baru-baru ini, seorang wartawan media tempatan dari Hangzhou, China telah membuat kunjungan dan melihat sendiri dengan lebih dekat burung itu. Burung kuang bayas itu adalah seekor burung jantan dan wartawan itu sendiri mengakui bahawa gaya rambut burung mempunyai ‘persamaan yang ketara’ dengan Presiden pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump.

Penjaga burung itu, Gao telah memberitahu MailOnline bahawa beliau sendiri merasa terkejut dengan berita itu kerana pada mulanya beliau tidak menyedari akan persamaan itu namun beliau mula sedar persamaan di antara kedua-duanya. Burung tersebut dijaga dengan begitu baik oleh Gao dan ditempatkan di sebuah Taman Safari di Hangzhou, Timur China dan dilaporkan burung itu berusia lima tahun serta dalam keadaan yang baik dan sihat.

Si merah kecil

Penjaga burung itu, Goa telah menamakan burung itu sebagai ‘Little Red’ disebabkan oleh bulunya yang berwarna merah terang dan hampir keseluruhan badan burung ini berwarna merah. Burung yang mempunyai gaya rambut yang menarik ini mempunyai warna bulu yang berwarna-warni daripada burung kuang bayas yang lain dan sehingga ke hari ini, Goa telah menjaga sekitar lebih kurang 50 burung kuang bayas di taman safari tersebut dan Goa sentiasa memastikan burung-burung itu dalam keadaan yang baik dan sihat.

Walaupun burung kuang bayas boleh didapati di banyak tempat di seluruh dunia pada hari ini namun burung-burung yang berasal daripada China in merupakan seekor spesies burung yang dilindungi dan dijaga dengan penuh kasih sayang.
Walaupun burung kuang bayas boleh didapati di banyak tempat di seluruh dunia pada hari ini namun burung-burung yang berasal daripada China in merupakan seekor spesies burung yang dilindungi dan dijaga dengan penuh kasih sayang.
  Burung tersebut dijaga dengan begitu baik oleh Gao dan ditempatkan disebuah Taman Safari di Hangzhou, Timur China.

Burung tersebut dijaga dengan begitu baik oleh Gao dan ditempatkan disebuah Taman Safari di Hangzhou, Timur China.

“Saya sebenarnya tidak perasan dengan gaya rambut burung ini kerana lazimnya saya hanya akan memeriksa keadaan bulu dan badan burung ini malah saya hanya akan memberikan perhatian khusus kepada benda yang lain selain keadaan rambutnya namun sejurus sahaja selepas orang ramai mula menumpukan perhatian kepada burung ini, saya mula sedar dan teringat ia seperti melambangkan seseorang,” tambah Goa lagi kepada wartawan.

Cerah dan berkilat pada musim sejuk

Menurut penjaga burung ini, keadaan bulu burung kuang bayas ini akan menjadi lebih tebal dan lebih cerah apabila datangnya musim sejuk. Disebabkan oleh perkara ini, burung kuang bayas ini mempunyai bulu/rambut emas di atas kepalanya pada tahun ini. Kebanyakan pengguna Internet di China merasa terkilan dan terpegun dengan kejadian itu apatah lagi datangnya daripada seekor burung kuang bayas.

Menurut salah seorang penulis dalam aplikasi SINA di China, “Gaya rambut ini adalah satu gaya rambut yang baru dan telah dilahirkan pada tahun 2016.” Kemudian, beberapa penulis dalam aplikasi tersebut juga turut mengatakan bahawa gaya dan kecantikan rambut burung kuang bayas itu lebih kelihatan cantik dan berkilat jika terkena dengan pancaran cahaya matahari.

Burung yang mempunyai gaya rambut seperti Donald Trump ini mempunyai warna bulu yang berwarna-warni daripada burung kuang bayas yang lain.
Burung yang mempunyai gaya rambut seperti Donald Trump ini mempunyai warna bulu yang berwarna-warni daripada burung kuang bayas yang lain.

Wakil juru cakap dari Taman Hangzhou Safari berkata kepada MailOnline, “Kami telah menghantar seorang wakil media tempatan kami untuk datang ke zoo itu semalam dan wartawan kami telah berjaya mengambil beberapa gambar burung itu dan kemudiannya menulis tentang burung tersebut,” kata salah seorang wakil media tempatan di China.

“Kami telah memelihara burung-burung ini dan melawatnya setiap hari di sangkar serta kami langsung tidak terfikir apa yang istimewa dengan burung ini namun kini kami amat terkejut kerana burung ini telah terkenal dan dikenali di seluruh dunia,” tambah juru cakap taman tersebut kepada media.

Walaupun burung kuang bayas boleh didapati di banyak tempat di seluruh dunia pada hari ini namun burung-burung yang berasal daripada China in merupakan seekor spesies burung yang dilindungi dan dijaga mengikut udang-undang. Goa berkata bahawa beliau amat berbangga dengan burung ini kerana burung ini mempunyai keistimewaannya tersendiri dan telah mendapat perhatian media daripada pelbagai agensi dan negara.

“Saya dapat menjangkakan bahawa akan lebih ramai lagi para pelancong akan datang ke taman ini dan melihat sendiri kehebatan gaya rambut burung ini yang mana sememangnya cantik dan menawan di tambah lagi dengan keadaan bulunya yang merah dan menggabungkan pelbagai warna,” tambah Goa mengakhiri temu ramah. – Agensi