Segera hentikan krisis Burundi – PBB

Segera hentikan krisis Burundi – PBB

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 11 Ogos – Majlis Keselamatan PBB semalam mendesak kerajaan Burundi supaya segera membuka semula rundingan dengan pembangkang untuk menghentikan keganasan yang menyebabkan negara itu berada di ambang peperangan saudara.

Lima belas anggota majlis itu yang disokong rancangan oleh Setiausaha Agung Ban Ki-moon untuk menghantar pegawai peringkat tertinggi PBB melaksanakan misi penting bagi menamatkan krisis Burundi.

Majlis badan dunia itu turut merayu bagi dialog selepas para pegawai kanan PBB memberi amaran ketika mesyuarat kecemasan tertutup yang digesa oleh Perancis menyatakan bahawa keganasan semakin buru di bahagian tengah negara Afrika berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA