‘Sehari Bersama SMSAB’

‘Sehari Bersama SMSAB’

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Bagi menyokong Akta Perintah Pendidikan Wajib 2007, Kumpulan Bertindak Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (A-Team SMSAB) iaitu sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) baru-baru ini telah melaksanakan Projek ‘Sehari Bersama SMSAB’ di Sekolah Rendah Dato Basir, Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

Projek yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Dato Basir ini merupakan salah sebuah sekolah tadahan SMSAB yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan peratus kehadiran para pelajar ke sekolah yang disasarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 6 sekolah itu.

Melalui projek tersebut, satu taklimat kongsi sama mengenai Bahagian Akademik SMSAB dan ceramah pendek bagi meningkatkan motivasi belajar kepada pelajar-pelajar yang hadir telah disampaikan oleh Kaunselor SMSAB, Hajah Siti Azizah binti Haji Wahsalfelah.

Antara A-Team SMSAB yang turut serta menjayakan Projek ‘Sehari Bersama SMSAB’ di Sekolah Rendah Dato Basir.
Antara A-Team SMSAB yang turut serta menjayakan Projek ‘Sehari Bersama SMSAB’ di Sekolah Rendah Dato Basir.

Ahli-ahli A-Team SMSAB seterusnya menyampaikan kongsi sama dapatan projek mereka tentang masalah kedatangan di SMSAB, diikuti dengan sesi kuiz.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Rendah Dato Basir, Pengiran Haji Mustafa bin Pengiran Haji Chuchu bersama guru-guru Sekolah Rendah Dato Basir dan guru-guru pengawas A-Team SMSAB.

ARTIKEL YANG SAMA