Sejarah berulang jika Wales benam England

Sejarah berulang jika Wales benam England

UEFA-Euro-2016-Logo

CARDIFF, United Kingdom, 14 Jun (AFP) – Mana-mana pemain Wales yang menjaringkan gol kemenangan dalam pertemuan “Battle of Britain” Khamis ini menentang England akan meletakkan mereka dalam cerita budaya bola sepak negara, menurut pemain legenda Wales, Ian Rush.

Pasukan Chris Colemen itu mencatatkan kemenangan pada perlawanan Euro 2016 Sabtu lalu dalam kemunculan Eropah mereka dengan kejayaan 2-1 ke atas Slovakia untuk mengungguli Kumpulan B sementara England hanya mampu seri 1-1 menentang Rusia.

Bintang Wales, Gareth Bale meningkatkan keyakinan di Lens dengan berkata skuad Coleman itu menunjukkan lebih banyak “kesabaran dan kebanggaan” berbanding England dalam satu kenyataan yang disifatkan bos Three Lions, Roy Hodgson “tidak hormat”.

England bermula sebagai pasukan pilihan di Lens setelah memenangi tiga perlawanan lalu menentang Wales tanpa sebarang bolos dan mencatatkan kemenangan dalam 68 daripada 103 perlawanan di antara kedua pesaing.

Rush berada dalam kesebelasan utama 32 tahun lalu, kali terakhir Wales menewaskan England pada 1984 apabila Mark Hughes menjaringkan gol tunggal perlawanan dan legenda Wales bagi pasukan Liverpool amat suka dengan pertemuan itu.

“Siapa pun menjaringkan gol kemenangan menentang England adalah wira di sini sepanjang hidup dan ia adalah perkara yang pasti,” kata Rush, yang menjaringkan 28 gol dalam 73 kemunculan bagi Wales dalam tempoh 16 tahun.

“Selalunya ia adalah kemegahan. England adalah pilihan untuk menewaskan kami, tetapi segalanya boleh berlaku dalam perlawanan seperti itu. Bekas pemain berusia 54 tahun itu adalah duta besar Wales pada Euro 2016.

ARTIKEL YANG SAMA