Sejarah menanti Djokovic

Sejarah menanti Djokovic

PARIS, 21 Mei – Novak Djokovic menjadi pemain kelapan melengkapkan Grand Slam dengan kemenangan Terbuka Perancis, tetapi pemain nombor satu dunia itu melangkah ke Roland Garros dengan keadaan sukar menerusi sejarah di Paris.

Djokovic, yang berusia 28 tahun esok, dua hari sebelum bermulanya persaingan kedua musim ini, adalah pilihan untuk menjulang Coupe des Mousquetaires dan memenangi gelaran Grand Slam kesembilan.

Kemenangan itu akan membawanya di samping Fred Perry, Don Budge, Rod Laver, Roy Emerson, Andre Agassi, Roger Federer dan Rafael Nadal sebagai pemenang empat pertandingan utama.

Ia juga akan membawanya kepada kalendar Grand Slam, cabaran yang menggentarkan di mana hanya Budge (1938) dan Laver (1962 dan 1969) mampu mencatatkannya.

Djokovic melangkah ke Paris dengan 22 kemenangan dalam musim di mana sudah memenangi Terbuka Australia kelima begitu juga dengan gelaran Masters di Indian Wells, Miami dan di atas gelanggang tanah liat di Monte Carlo dan Rom. Bagaimanapun, pemain dari Serbia itu pernah berada dalam situasi sedemikian itu sebelum ini.

Novak Djokovic bersama jurulatih Marian Vajda (kiri) semasa sesi latihan di stadium Roland Garros semalam. - AFP
Novak Djokovic bersama jurulatih Marian Vajda (kiri) semasa sesi latihan di stadium Roland Garros semalam. – AFP

Pada 2011, dia memasuki Terbuka Perancis sebagai pilihan tetapi menyaksikan 43 kemenangan diakhiri oleh Federer dalam separuh akhir. Setahun kemudian, Djokovic dikalahkan oleh Nadal dalam empat set yang dilengkapkan pada Isnin ketiga kerana hujan.

Pada 2013, pemain dari Sepanyol itu sekali lagi berada di atas, kali ini dalam separuh akhir biarpun Djokovic mendahului 4-2 pada set kelima. Dua belas bulan lalu, Nadal memenangi gelaran kesembilan ketika Djokovic sekali lagi menyertai kejuaraan itu.

Tiada kejutan untuk melihat Djokovic dengan rekod keseluruhan 2015 mencatatkan 35 kemenangan dan hanya dua tewas, cuba untuk mengatasi kesukaran menjelang Terbuka Perancis ke-11. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA