Sejarah mengenai Kampung Setia akan dibukukan

Sejarah mengenai Kampung Setia akan dibukukan

Oleh Haji Ahmad bin Haji Salim

 

PENGHIJRAHAN penduduk Kampung Setia dari Kampung Rangau, Limbang ke Negara Brunei Darussalam memang lazimnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan unik berbanding dengan penghijrahan penduduk kampung-kampung yang lain.

“Oleh itu ia perlu dirakamkan menjadi sebuah buku sejarah, bukan sahaja bakal menjadi ristaan kepada generasi sekarang dan mendatang, malah penghijrahan itu banyak mengandungi pengajaran yang boleh di jadikan contoh dan tauladan, kerana orang kitani memang terkenal dengan sifat sepakat, bersatu padu dan bergotong-royong bersama-sama.”

Perkara itu dijelaskan oleh Prof. Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Doa Kesyukuran sempena 52 tahun penghijrahan ke Brunei dan 51 tahun penganugerahan penempatan Kampung Setia, yang berlangsung di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Mukim Sungai kebun baru-baru ini.

Menurut beliau lagi cita-cita ingin menulis buku sejarah Kampung Setia memang sudah lama dalam pemikiran, namun terhenti seketika disebabkan oleh kesibukan kerja yang tidak berkesudahan.

Bagaimanapun keinginan untuk terus menulis buku ini semakin berkobar apabila disarankan dan disokong sendiri oleh salah seorang penduduk Kampung Setia, ditambah lagi dengan adanya dorongan dan sokongan daripada Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia sedikit sebanyak memberikan sokongan bagi menjayakan penulisan buku tersebut.

Para Ahli jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia serta para jemputan dan penduduk Kampung setia bergambar ramai.
Para Ahli jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia serta para jemputan dan penduduk Kampung setia bergambar ramai.
Ucapan alu-aluan oleh Wakil Ahli Jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kg Setia, Prof Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail.
Ucapan alu-aluan oleh Wakil Ahli Jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kg Setia, Prof Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail.

“Buku ini, bukan saja akan menceritakan sejarah Kampung Rangau tetapi juga Kampung Siarau dan seterusnya Kampung Setia. Buku ini masih dalam proses penulisan dan setakat ini sudah ada sekitar 150 muka surat telah berjaya ditulis. Kemungkinan buku ini boleh mencacah sekitar 300 muka surat jika gambar, peta, raja rangkaian keluarga dan beberapa lampiran di muatkan nanti,” kata Prof. Madya Dr. Haji Asbol selaku wakil Ahli Jawatankuasa Pengendali Majlis.

Kerjasama daripada penduduk

Seterusnya beliau berharap semua penduduk Kampung Setia dan Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia akan terus memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat tentang sejarah Kampung Setia agar fakta-fakta sejarah dalam buku itu dapat dipertanggungjawabkan dan cuba memberikan kepuasan kepada semua pihak.

“Maklumat yang banyak bukan saja boleh memberikan pencerahan dan penceritaan yang jelas kepada buku sejarah akan ditulis itu, kerana setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza antara satu sama dengan yang lain,” tambah Dr.Haji Asbol lagi.

pgm12_160910_c

pgm12_160910_b

pgm12_160910_e

Terdahulu, majlis telah bermula dengan sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah dan diikuti dengan menunaikan sembahyang hajat, membaca surah Yassin dan Tahlil serta doa kesyukuran yang di pimpin oleh Iman Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Awang Azree bin Haji Asli.

Majlis diikuti dengan penyampaian Sijil Penghargaan Majlis Qira’at Khatam Al-Quran kepada Warga Saudara Ku serta keluarga sepanjang bulan Ramadhan 1432H/2016M yang lalu. Penyampaian Sijil itu disempurnakan oleh Penghulu Mukim Sungai Kebun, Pateh Dato Paduka Awang Haji Masri bin Mail.

Kemudian majlis seterusnya ialah penyampaian sumbangan derma amal projek ‘BEST’ iaitu Beramal, Selagi Terdaya kepada Awang Sahri bin Salleh yang telah menghadapi musibah iaitu kehilangan tempat tinggal (rumah roboh) pada 24 Ogos yang lalu di Kampung Setia ‘B’.

Kutipan derma amal yang berjumlah $1,270.00 yang disumbangkan oleh warga Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia telah disampaikan oleh Ketua Kampung Setia ‘A’, Haji Asli bin Haji Mamut. Majlis itu telah dikendalikan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Kumpulan Saudara Ku Kampung Setia.

ARTIKEL YANG SAMA