Sejarah Terbuka Perancis bakar semangat Djokovic

Sejarah Terbuka Perancis bakar semangat Djokovic

ROM, 10 Mei (AFP) – Novak Djokovic menegaskan hari ini dia berasa didorong oleh peluang untuk memenangi kejohanan Terbuka Perancis pertama dan menjadi pemain lelaki kelapan yang melengkapkan kerjaya Grand Slam.

Pemain nombor satu dunia itu mempunyai lima kejuaraan Terbuka Australia, dua kejuaraan Wimbledon dan satu Terbuka AS. Namun masih belum menguasai gelanggang tanah liat Roland Garros di Paris tewas kepada juara sembilan kali Rafael Nadal dalam final 2012 dan 2014.

Namun pemain berusia 27 tahun itu adalah pemain cemerlang 2015 setelah memenangi kejohanan Terbuka Australia serta kejuaraan Masters di Indiana Wells, Miami dan Monte Carlo untuk 30 kemenangan dan dua kekalahan pada tahun itu.

“Soalan yang timbul setiap tahun: adakah ia akan menjadi tahun ini atau tidak?,” kata Djokovic ketika dia berdepan dengan soalan yang sama berhubung peluangnya pada kejohanan Terbuka Perancis dengan acara Grand Slam kedua yang hanya tinggal dua minggu sahaja.

“Ia adalah soalan yang muncul dalam kepala saya, tetapi ia bukan satu soalan yang menganggu saya; ia mengujakan saya,” tambah pemain Serbia yang merupakan pemain pilihan pertama pada kejohanan Terbuka Itali di Rom yang berlangsung pada lewat hari ini.

“Ia memberikan saya inspirasi dan motivasi. Pendekatan yang digunakan buat masa sekarang juga membantu, maka saya perlu komited kepada kejohanan ini terlebih dahulu.”

Jika Djokovic memenangi kejohanan Terbuka Perancis pertama, maka dia akan menyertai Fred Perry, Don Budge, Rod Laver, Roy Emerson, Andre Agassi, Roger Federer dan Nadal sebagai pemain pilihan yang telah menamat Grand Slam.

Kemenangan di Paris juga akan menempatkan Djokovic di pertengahan kalendar Grand Slam – satu pencapaian yang hanya dicapai oleh dua pemain lelaki.

Pemain Amerika, Budge adalah orang pertama pada 1938 sebelum legenda Australia Laver melakukannya sebanyak dua kali pada tahun 1962 dan 1969.

ARTIKEL YANG SAMA