Sejumlah jeti ditutup mulai 20 Sept

Sejumlah jeti ditutup mulai 20 Sept

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Beberapa buah jeti di antara pondok tiket tambang ke Temburong dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei akan ditutup bermula hari Selasa, 20 September 2016.

Penutupan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja cerucuk di kawasan tersebut dan pembinaan jeti-jeti baru yang termasuk dalam skop Projek Pembesaran Jalan Residency Fasa 2.

Kerja-kerja tersebut juga melibatkan perobohan jeti-jeti di antara pondok tiket tambang ke Temburong dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

Sehubungan dengan itu, pondok tiket asal tambang ke Temburong masih lagi boleh digunakan sehingga 30 September 2016, dan akan dipindahkan sementara berdekatan jeti berhadapan Bumbungan Dua Belas bermula 1 Oktober 2016.

Jabatan Kerja Raya dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai untuk mengunakan mana-mana jeti berhampiran sementara para pengguna bot dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan pembinaan sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dilaksanakan.

Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam dan e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA